Ú §†ïll Lövê Mê? *Ðïggïñg m¥ ñö§ê*

Thank you so much for dropping by =)
 
           Eh, benarkah kalau ada jodoh tak ke mana juga nanti? Hurm... This statement is totally stereotype! Aku sungguh terkilan dan terluka bila mendengar bait-bait kata itu. Its just an alternative to escape yourself from answering a love-related stupid f*cking question(s). Aku memang sarcastic! Ya, itu bukan satu jawapan yang baik kerana kau memberi sedikit harapan cerah kepada si penyoal (tukang soal). Harapan cerah? Ops, maksud aku, kau hanya akan membuat si tukang soal tertanya-tanya dan berharap tanpa kau sedari. Erk, adakah explaination aku agak sukar untuk difahami atau aku cakap berbelit-belit? Okay, aku bagi contoh dialog.

Bee: Oi Baby, aku tengok kau dengan Bear bukan main sweet couple lagi. Bila nak kahwin wei?
Baby: Eleh, jealous lah tu kau Bee. Hah? Kahwin? Lama lagi kot. Alaa, kalau ada jodoh tak ke mana juga.
Bee: Ayat bukan main lagi si Baby ni. Tak apa, kalau kau tak ada jodoh dengan si Bear, aku ada. Hihi.. Kan kalau jodoh tak ke mana. *Ketawa tapi dalam hati berbunga-bunga penuh harapan*
Baby: Kau berminat dengan aku ek? Ye la, kalau ada jodoh tak ke mana juga. Tapi kau memang perasan lah Bee. Tak kuasa aku melayan sewel kau ni.
Bee: Tak kuasa melayan konon tapi kau layan juga aku. Nasib kau lah Baby dapat kawan handsome macam aku ni. Muahaha... 
Baby: ...? *Perasan!*

          Sekarang ada faham bagaimana fungsi kalau ada jodoh tak ke mana juga? Ya, ia menggambarkan bahawa seseorang itu seakan-akan bersikap acuh tidak acuh atau tidak yakin dengan perhubungannya. Sila betulkan aku jika aku silap. Ini adalah pendapat aku semata-mata dan berdasarkan pengalaman aku hidup sepanjang 20 tahun ni. Aiseh.. Walaupun kau cinta mati pada pasangan kau tapi kau tetap akan rasa insecure bahawa hubungan kau belum tentu akan berakhir dengan happy ending atau naik pelamin bukan? Cepat, sila mengaku! Ya, mesti kau akan rasa sedikit tidak pasti akan masa depan perhubungan kau dan pasangan kau. Apa saja kemungkinan bakal terjadi di luar jangkaan kau. Kau fikir sendiri lah apa kemungkinan-kemungkinan tu semua. Jalan selamat yang terbaik adalah just follow the flow dan wait and see the future. Maka, kalau ada jodoh tak ke mana juga adalah satu jawapan escapism yang terbaik. Eh, langsung tak baik okay! Kalau kau serius terhadap perhubungan kau, tidak wujud kalau ada jodoh tak ke mana juga melainkan kehendak takdir Ilahi bahawa kau sememangnya tidak ditakdirkan untuk bersama dia. Jika itu terjadi, biarkan dia berlalu pergi dan gembira dengan kehidupannya tanpa kau. Kau harus redha. Jangan kau jadi bodoh pula berpegang pada bait-bait kata kalau ada jodoh tak ke mana juga dan terus menanti berharap pada yang tidak sudi. Tolong jangan sia-siakan hidup kau pada orang yang tidak sudi. Kau harus move on! Eh, aku sudah menyimpang jauh. Pitching lari.
          Back to the topic, itu cerita dari pihak kau. Pihak yang satu pula, si tukang soal yang diam-diam menaruh perasaan dan harapan untuk bersama kau. Bila kau kata kalau ada jodoh tak ke mana juga walaupun kau sekadar bergurau dan langsung tidak serious tapi dalam kau tidak sedar sebenarnya kau memberi harapan palsu kepada si tukang soal. Silent hope ni sungguh tidak sihat sebab ia menyeksakan. Aku tahu sebab aku ada pengalaman. Bila kau tanpa sedar memberi harapan kepada secret admirer kau, maka persahabatan  perjalanan hidup antara kau dan si tukang soal akan berubah sama sekali. Its totally change! Maksud aku, si tukang soal mula bertindak lebih maju ke hadapan dan berbeza dari kebiasaannya. Silap hari bulan, memang kau dan si tukang soal akan kalau ada jodoh tak ke mana juga lah jadinya. Keadaan ini hanya akan mengeruhkan perhubungan kau dan pasangan kau. Tidak semena-mena si tukang soal pula yang berjodoh dengan kau. *Hahaha*
         Di sini aku ingin menyampaikan bahawa bait-bait kata kalau ada jodoh tak ke mana juga bukan bahan lawak jenaka yang boleh dibuat main-main. Kau jangan sengaja cari nahas melainkan si tukang soal itu memang satu kepala dengan kau. Tapi walaupun kau satu kepala dengan si tukang soal, peratusan keberhasilan untuk kalau ada jodoh tak ke mana juga tetap ada. *Aku sengaja buat kau rasa gelabah.*
         Tapi dari pihak yang lain pula (aku mahu elaborate panjang lebar) iaitu si tukang soal yang tiada langsung menaruh apa-apa perasaan terhadap kau. Si tukang soal ini boleh menjaja cerita bahawa kau langsung tidak serious dan/atau masih ragu-ragu terhadap perhubungan kau dan pasangan kau (walaupun sebenarnya kau memang cinta mati pada pasangan kau). Erk, aku berfikiran negatif pula. Okay, mana lah tahu si tukang soal tu boleh overcross kau atau potong stim untuk flirt dengan pasangan kau. Alaa, kau sudah kata kalau ada jodoh tak ke mana juga kan, kan, kan? *Aku ketawa cover mulut supaya nampak sopan* Okay aku serious, si tukang soal tu boleh buat apa sahaja yang langsung kau tak pernah terfikir dan terlintas dek akal. Good or bad is up to the person. Bukankah unexpected things are interesting? *Senyum-senyum selalu*
          As conclusion, kalau ada jodoh tak ke mana juga. <<<Serious, aku tak suka dengan bait-bait kata ni. I'm hurting deeply without you notice it. Ouch~

0 comments:

Post a Comment